Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Hapuskan Parasit Kecil Dengan 12 Syampu Kutu Kucing Ini

Murah dan berkesan!

Penyebab utama kucing dijangkiti kutu kerana selalu berada di luar rumah dan bergaul dengan kucing luar.

Cara mengatasinya adalah dengan memberikan rawatan pencegahan ubat kutu kucing (topical di atas leher) atau menggunakan syampu kutu kucing.

Terdapat banyak jenis shampoo kutu kucing yang bagus.

Jadi kami bantu anda senaraikan 12 shampoo kutu kucing paling berkesan supaya tiada lagi masalah bulu dan kulit bagi si comel anda!


Isi Kandungan


Senarai 12 Syampoo Kutu Kucing Paling Berkesan

Dr Pets Flea & Tick All Natural Neem Pet Shampoo
Semak Dr Pets Flea & Tick All Natural Neem Pet Shampoo harga dibawah:
add_circle Mengandungi minyak pati eucalyptus
add_circle Selamat untuk kucing & anjing
add_circle Isipadu 500ml
remove_circle Ada minyak neem, boleh akibatkan alergik pada tangan manusia

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

“Dijual dengan harga mampu milik. Syampu ini boleh melindungi kulit daripada sebarang jangkitan serta mempunyai bahan pelembab yang bagus untuk kulit kepala kucing”.  

Ciri-ciri;

Bagusnya tentang produk Dr Pets, mereka dapat menghasilkan shampoo kutu kucing terbaik. Buktinya, shampoo ini berkesan mengurangkan masalah kutu.

Selain itu, bebas daripada sebarang bahan pewangi dan diformulasikan dengan minyak pati tulen tanpa tiruan untuk memberikan si comel bulu yang cantik, lembut dan bersinar.

Syampu ini juga mampu mengelakkan masalah kulit kering pada kucing dan dapat melindungi si bulus daripada sebarang gigitan serangga lain yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kucing.

Tak perlu risau jika ada bahan yang bahaya dalam produk ini sebab ia dibuat daripada bahan semulajadi.  

Review;

“Lepas mandikan, takde dah nampak kutu berkeliaran. Bau syampu pun wangi macam mint. Memang best”

Organic Olive Essence Pet Dog Cat Shampoo
Semak Organic Olive Essence Pet Dog Cat Shampoo harga dibawah:
add_circle Membunuh bakteria
add_circle Selamat juga untuk anjing
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Kurang sesuai untuk kucing yang alergik dengan minyak zaitun

Dirumus khas dengan bahan berkualiti seperti esen buah zaitun yang mengandungi rotenone.

Syampu ini bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah kutu, tapi boleh membantu menghilangkan masalah hama jenis demodex pada kucing anda. 

Selain itu, turut berkesan untuk melegakan kegatalan yang dialami oleh si bulus akibat jangkitan kutu serta boleh menentang sengkenit yang melekat pada kucing. 

Isipadu cecair sebanyak 450m ini mampu membuatkan bulu kucing anda berbau wangi dan bertahan lama. 

Bagusnya lagi, jangka hayat (shelf life) syampu Organic Olive Essence Pet Dog Cat Shampoo adalah 3 tahun di mana ia merupakan produk yang tak cepat rosak.

Bukan saja sesuai untuk kucing tapi sesuai untuk anjing juga.

MAXHICO Flea Shampoo For Cats (225ml)
Semak MAXHICO Flea Shampoo For Cats (225ml) harga dibawah:
add_circle Diperbuat dari ekstrak tumbuhan
add_circle Membuang kutu, hama & sengkenit dengan semula jadi
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Isipadu cecair sikit

Shampoo kutu kucing jenama Maxhico ini dapat membasmi kutu dengan baik kerana mempunyai bahan semula jadi yang terbaik seperti tea tree, cedarwood, dan citronella

Semua bahan-bahan ini memang dikhaskan untuk membantu serta melawan masalah jangkitan serangga dan pepijat pada kucing. 

Tambahan pula, bulu kucing juga akan menjadi lebih lembut selepas penggunaan shampoo kutu kucing paling berkesan ini kerana dilengkapi dengan perapi.

Diingatkan untuk biarkan dulu selama 5-10 minit sebelum membilas si comel dengan air bersih.

Tiada masalah jika anda ingin menggunakan produk ini dengan kerap kerana tidak memberi apa-apa kesan terhadap kulit kucing.

Mungkin syampu kucing anda seminggu sekali untuk membasmi masalah kutu dan sengkenit yang membiak pada badan kucing peliharaan anda.

Bio-D PawPal No Rinse Flea and Tick Pet Shampoo
Semak Bio-D PawPal No Rinse Flea and Tick Pet Shampoo harga dibawah:
add_circle Melembabkan kulit kucing
add_circle Bahan semula jadi dari tumbuhan
add_circle Bau wangi tahan lama
add_circle Tanpa alkohol & paraben
remove_circle Harga mahal

Kucing anda dijangkiti kutu dan dalam masa yang sama sukar dimandikan sebab takut air? 

Gunakan syampu kutu kucing jenis kering bersaiz 150ml daripada PawPal ini sebab tak perlu dibilas selepas digunakan. 

Anda hanya perlu keringkan bulu kucing dengan tuala dan berus bulunya dengan baik setiap kali selepas penggunaan syampu ini.Mudah dan jimat masa bukan?

Selain itu, syampu ini jenis anti bakteria yang akan membantu mengekalkan kebersihan kucing daripada kotoran.

Tidak seperti kebanyakan produk lain, syampu kering anti kutu PawPal mampu untuk menyingkirkan telur kutu, jadi parasit tak akan kembali membiak pada bulu kucing.

Paling best, produk ini boleh merapikan dan meleraikan kusut pada bulu-bulu si bulus.

Barulah kucing peliharaan anda kelihatan lebih gebu dan comel selepas menggunakan syampu ini.

Petto Professional Natural Flea & Tick Shampoo
Semak Petto Professional Natural Flea & Tick Shampoo harga dibawah:
add_circle Isipadu cecair 400ml
add_circle pH seimbang
add_circle Ada gabungan 4 minyak pati; tea tree, neem, lavender & eucalyptus
add_circle Menghilangkan bau busuk
remove_circle Perlu disimpan di suhu bawah 30°C

Formulasi syampu dengan ekstrak bunga Matricaria dan ekstrak buah adas (fennel) boleh menenangkan kulit kucing yang rengsa akibat gatal serta menyembuhkan kulit yang luka.

Sangat sesuai untuk semua peringkat umur kucing, jadi jika ada anak kucing yang sedang mengalami masalah kutu dan sengkenit, gunakan saja syampu ini.

Produk ini patut dimiliki oleh semua pemilik haiwan peliharaan kerana tidak mengandungi minyak parafin. 

Syampu kutu untuk anak kucing ini turut diperkaya dengan ekstrak tumbuhan hop yang akan memberikan si comel bulu yang lembut.

Selain itu, dapat menghalang kutu daripada kembali membiak kerana berbau seperti karbon yang efektif untuk menjauhkan kucing daripada sebarang pepijat.

Syampu kutu kucing dengan perapi
ANIFLEA Anti-Flea Cat Shampoo
Semak ANIFLEA Anti-Flea Cat Shampoo harga dibawah:
add_circle Mengawal proses kematangan kutu
add_circle Membunuh kutu
add_circle Melembutkan bulu
remove_circle Tidak boleh digunakan untuk kucing menyusu & bunting

Menariknya tentang syampu kutu kucing jenama Aniflea ini adalah mempunyai fungsi 2 dalam 1.

Selain berkesan membunuh kutu, syampu ini diperkayakan dengan perapi yang menjadikan bulu si comel mudah diurus dan tak kusut. 

Tak perlu pening kepala cari syampu khas untuk anak kucing sebab ubat kutu kucing terbaik ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis kucing yang berumur lebih enam minggu. 

Shampoo kutu kucing terbaik ini telah diuji secara klinikal dan keberkesanannya telah dibuktikan bertahan selama lima minggu.

Jadi, produk ini anda boleh gunakan tanpa keraguan. Harganya tidak mahal, bawah RM30 dengan isipadu 500ml untuk setiap botol.

Untuk pengetahuan anda, kandungan IGR atau Insect Growth Regulator dalam formulasi syampu kutu Aniflea ini adalah memastikan telur kutu tidak menetas menjadi kutu dewasa.

Erti kata lain, parasit kucing tidak akan kembali membiak.

Syampu kutu kucing dengan pelembap
McLEE’S Anti Flea Cat Shampoo
Semak McLEE’S Anti Flea Cat Shampoo harga dibawah:
add_circle Menentang kutu & sengkenit
add_circle Melembutkan bulu
add_circle Tidak berbau busuk
add_circle Sesuai juga untuk arnab
remove_circle Mengandungi sodium laureth sulfate
remove_circle Mata mungkin pedih

McLEE’S Anti Flea Cat Shampoo menggunakan formulasi terbaru syampu anti kutu kucing kerana telah menambah bahan pelembap.

Bahan ini menjadikan kulit dan bulu si comel kelihatan lebih gebu dan terurus dari biasa.

Bukan itu sahaja, produk dari McLees ini dirumus khas untuk menyingkirkan bakteria jahat. 

Jadi, tak perlu risau jika anak-anak anda bermain dengan kucing kesayangan kerana kebersihannya kulit terjaga dan bebas kutu.

Selain itu, ketahanan badan kucing daripada serangan kutu dan penyakit dari parasit juga akan bertambah baik dengan penggunaan syampu perubatan jenama ini.

Sekali gus haiwan belaan anda tidak akan mudah jatuh sakit. 

Walaupun kucing anda tidak mengalami masalah parasit, anda boleh mandikan mereka dengan syampu anti kutu 300ml ini kerana tetap boleh digunakan sebagai langkah pencegahan.

Syampu kutu dan fungus kucing
Glows Shampoo Kucing Kutu & Fungus
Semak Glows Shampoo Kucing Kutu & Fungus harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mudah digunakan
add_circle Mencantikkan bulu
remove_circle Jangka hayat hanya 24 bulan

Segala kutu dan bakteria boleh dihapuskan jika anda menggunakan syampu kucing jenama Glows ini kerana mengandungi ubat kutu kucing terbaik dan jenis anti bakteria.

Sangat bagus jika terdapat haiwan peliharaan berbulu anda menghadapi masalah kulit seperti kurap dan kulat kerana produk ini boleh mengatasinya. 

Jangan risau, memang selamat digunakan pada kucing sebab bebas daripada sebarang bahan yang berbahaya.

Cara penggunaannya mudah saja, ikuti arahan pada pembungkusan produk. Paling penting, bilas dengan air bersih sebelum dikeringkan.

Dalam masa yang sama, produk ini mampu mengurangkan masalah keguguran bulu dan waktu mandi si manja menjadi lebih menenangkan. 

Chun Essentio Aromatheraphy Ticks & Fleas Prevention Shampoo
Semak Chun Essentio Aromatheraphy Ticks & Fleas Prevention Shampoo harga dibawah:
add_circle Tanpa paraben
add_circle Diperbuat daripada 100% minyak pati
add_circle Mudah digunakan
add_circle Syampu pH seimbang
remove_circle Harga mahal

Pemberian makanan berkualiti dan menyediakan pasir tandas yang cukup untuk mereka, tidak mencukupi jika anda tidak menitik berat penampilan bulu mereka

Untuk memastikan kucing anda kelihatan sihat dan bersinar, pastikan mereka terhindar daripada dijangkiti kutu dan hama.

Jalan penyelesaiannya, syampu kutu kucing keluaran Chun Essentio yang diformulakan dengan bahan semula jadi seperti serai, yang dapat membantu menghalang kutu daripada membiak pada bulu si comel.

Selain itu, mengandungi pelembap dan ekstrak minyak kelapa yang menyebabkan bulu haiwan semakin lembut dan tak mudah kusut. 

Bagusnya lagi, produk Chun Essentio yang berisipadu 500ml ini selamat digunakan oleh kucing, anjing atau haiwan berbulu yang lain sebab bebas daripada bahan beralkohol, silikon dan racun perosak. 

Syampu kutu kucing untuk kulit sensitif
DD101 Natural Pet Foam Shampoo Flea & Tick Control
Semak DD101 Natural Pet Foam Shampoo Flea & Tick Control harga dibawah:
add_circle Syampu pH neutral
add_circle Selamat jika terkena mata, hidung, mulut & telinga
add_circle Mengawal pembiakan kutu & sengkenit
add_circle Tiada paraben & alkohol
remove_circle Harga agak mahal

Tercari-cari syampu kutu yang sesuai untuk kulit kucing yang sensitif?

Jenama DD101 Natural Pet Foam Shampoo sebesar 450ml ini adalah pilihan yang tepat.

Syampu ini bebas daripada sebarang bahan kimia seperti SLS atau SLES yang boleh memedihkan mata si comel ketika mandi. 

Bahan lain yang digunakan juga membantu mengekalkan kucing anda berbau wangi seperti buahan. Bau ini boleh tahan sehingga beberapa hari. 

Syampu DD101 Natural Pet Foam Shampoo Flea & Tick Control ini daripada negara USA dan boleh digunakan pada semua peringkat umur kucing.

Bagi kucing yang mempunyai luka atau baru saja menjalani pembedahan boleh dimandikan dengan sabun kutu kucing ini.

Jangan risau, buih syampu ini mudah dibilas dan masalah kulit seperti kekeringan dan kerengsaan turut dapat dilegakan.

Syampu kucing anti kutu
Love Cat Shampoo Anti Tick & Flea
Semak Love Cat Shampoo Anti Tick & Flea harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Mencegah kutu
remove_circle Kurang berkesan jika masalah kutu terlalu teruk

Jika kucing anda baru sahaja dijangkiti kutu dan anda mahu halang parasit tersebut daripada membiak dengan lebih teruk, boleh dapatkan syampu jenama Love Cat ini. 

Syampoo kutu kucing yang bagus ini dirumus dengan perapi yang menjadikan bulu si comel anda akan kelihatan bersinar dan lembut.

Erti kata lain, tiada lagi masalah bulu kucing kusut dengan bantuan produk ini. 

Dalam masa yang sama, syampu anti kutu 200ml ini mampu menghalang sengkenit daripada membiak pada kulit kucing anda.

Jangan risau, sesuai digunakan untuk memandikan anak kucing juga.

Syampu kutu murah
Smart Cat Flea Shampoo
Semak Smart Cat Flea Shampoo harga dibawah:
add_circle Ada ekstrak tea tree
add_circle Lembutkan bulu
add_circle Mempunyai perapi
remove_circle Isipadu syampu hanya 150ml sahaja

Masalah kutu pada kucing memang akan buat anda pening kepala. Ditambah pula keadaan bulu yang kasar.

Apa kata beli saja syampu kutu kucing Smart Cat Flea Shampoo untuk hapuskan masalah parasit kerana bukan saja boleh mengawal pembiakan kutu, malah hama dan sengkenit juga boleh dihapuskan. 

Selain itu, syampu ini telah diformulasikan dengan campuran ekstrak tumbuhan seperti citronella, kayu cedar dan neem yang sudah terbukti keberkesanannya dalam memerangi masalah parasit. 

Kulit kucing juga terjaga dengan baik dengan penggunaan produk ini kerana dapat membuatkan kulit kucing sihat dan bulu menjadi lembut.


Cara guna ubat kutu kucing 

Mesti ramai lagi pemilik kucing yang tak tahu cara yang betul untuk guna ubat kutu pada si bulus kesayangan kan?

Sampai pening kepala kenapa kutu tak hilang-hilang dari badan kucing peliharaan anda.

Sebenarnya tak susah pun nak hapuskan kutu yang menyerang haiwan belaan anda. Ikuti sahaja cara-cara yang kami kongsikan ni. 

Untuk ubat kutu jenis spot on, lazimnya cecair ubat kutu kucing diletakkan dalam tiub.

Tapi diingatkan, sebelum digunakan, baca dengan teliti arahan yang terdapat pada kotak ubat kutu terlebih dahulu sebab ada ubat tidak sesuai digunakan pada anak kucing atau kucing yang sedang bunting. 

Kemudian, titiskan cecair tersebut pada kulit si bulus selepas anda selak bulu kucing sehingga nampak kulit.

Pastikan ada seseorang bantu anda untuk pegang kucing agar tidak bergerak. 

Jangan lupa juga untuk asingkan kucing yang dijangkiti kutu agar tidak merebak ke kucing lain.

Jika menggunakan ubat ini pada kucing, diingatkan untuk tidak memandikan haiwan peliharaan anda selama beberapa hari sebelum dan selepas ubat diberikan. 

Apa-apa pun, dapatkan ubat kutu daripada klinik veterinar yang bertauliah sebab doktor haiwan sudah tentu tahu apa yang terbaik untuk si kaki empat peliharaan anda.


Artikel Berkaitan

End of Article