Bagi memastikan anak bulus anda dapat zat yang mencukupi, pemilihan jenis makanan sihat untuk kucing amat penting supaya tubuh dan bulu mereka kekal sihat.
Bagaimanapun, tidak semua jenis makanan kucing sesuai untuk setiap kucing terutamanya apabila kucing kesayangan anda seperti anak kucing kecil perlukan nutrisi yang lebih.
Sama seperti manusia, kucing juga perlukan makanan kucing terbaik dan makanan sihat untuk kucing bagi memastikan mereka dapat membesar dengan baik.
Anda tidak perlu pening lagi, jom lihat senarai makanan kucing yang bagus untuk si bulus manja anda.
Senarai 16 Makanan Kucing Terbaik
Table of Contents
Sebab menjadi pilihan utama;
Tidak dinafikan, pasti semua najis kucing berbau tapi dengan makanan kucing jenama Glory Cat ini, masalah ini mungkin dapat dikurangkan.
Ciri-ciri;
Makanan kucing ini diperkaya dengan ekstrak ubi kayu, serat semula jadi dan prebiotik yang dapat membantu mengurangkan bau najis.
Selain itu, makanan kucing jenama Glory ini juga dapat membantu meningkatkan sistem pencernaan kucing.
Ini kerana kandungannya kurang sodium atau garam dan ciri ini dapat melindungi sistem buang air kecil si manja.
Makanan kucing ini juga mempunyai nutrisi tinggi baik untuk semua kucing tidak kira jenis dan baka.
Dengan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak rice bran, poultry meal, ocean fish meal dan minyak ikan tuna, bulu serta kulit si manja menjadi lebih gebu dan lembut.
Review:
“ Kucing saya suka makan makanan kucing dari Glory Cat. Nak repeat order lagi lepas ini. Highly recommended!”
Whiskas Cat Dry Food - Mackerel memahami keperluan nutrisi kucing dan makanan kucing ini mengandungi kandungan nutrisi yang lengkap dan seimbang.
Kalau anda mahu berikan si bulus makanan yang bersaiz kecil, boleh cuba berikan Whiskas Cat Dry Food - Mackerel.
Dirumus dengan kandungan lemak omega 3 & 6 dan zat besi untuk memastikan bulu kucing kesayangan anda kekal sihat dan berkilat.
Menariknya, makanan kucing ini juga dilengkapi dengan vitamin A dan taurina untuk pastikan penglihatan kucning tajam dan sihat.
Mengandungi protein daripada ikan sebenar, termasuk lemak, vitamin dan mineral, agar kucing anda dapat nutrisi yang seimbang untuk bantu si bulus aktif dan ceria.
Anda nak makanan kucing super premium tapi harga marhaen? Reflex Plus Cat Food perisa Salmon ini boleh jadi pilihan anda.
Makanan kucing ini mengandungi minyak omega 3 dan 6 yang bagus untuk bulu dan kulit serta kuatkan imunisasi si bulus manja anda.
Turut mengandungi protein 32% dan lemak asid 15% menjadikan makanan kucing ini sesuai dimakan oleh kucing dewasa berusia 12 bulan ke atas.
Selain menguatkan sistem pertahanan badan, makanan kucing ini mengandungi Super XOS Prebiotics untuk pastikan sistem pencernaan kucing anda terjaga.
Jangan risau, makanan kucing ini menggunakan 90% kandungan protein haiwan yang akan bantu untuk memudahkan kucing anda naikkan berat badan.
Molly Super Premium Cat Food for Indoor Car mengandungi protein seimbang dan sukatan lemak yang sesuai untuk kucing rumah.
Makanan kucing ini akan bantu indoor cat kekalkan berat yang badan ideal dengan memberikan nutrisi seperti L-Carnitine yang baik untuk fungsi hati, tulang dan otot.
Turut mengandungi EPA dan DHA Omega 3-6 untuk memastikan bulu kucing anda cantik, kuat dan tidak mudah gugur.
Paling penting, makanan kucing Molly ini hypoallergenic iaitu bagus untuk sistem pencernaan yang sensitif, mencegah pembentukan batu karang dan menyihatkan pundi kencing.
Dengan tahap protein hidrolisis molekul yang rendah, makanan ini dapat mengurangkan tolereransi nutrien dan mencantikkan kulit juga bulu serta sistem pencernaan yang lebih sihat.
Untuk anda yang mencari makanan kucing untuk kurangkan masalah bola rambut atau hairball, SmartHeart Cat Dry Food - Hairball Control ini sesuai untuk anda.
Makanan kucing ini dirumuskan dengan serat yang tinggi untuk membantu menjaga saluran pencernaan kucing tetap lancar dan pengeluaran bola rambut dapat dikeluarkan secara semula jadi.
SmartHeart Cat Dry Food - Hairball Control mengandung nutrisi yang seimbang seperti protein, vitamin, mineral, asam lemak omega dan zat terbaik untuk kucing anda.
Menariknya, makanan ini juga boleh membantu menjaga berat badan yang ideal untuk kucing tau.
Untuk pengetahuan, bola rambut yang terperangkap dalam saluran pencernaan boleh menjadi punca masalah pemakanan dan pencernaan, serta menyebabkan kucing menjadi kurus.
Kandunga asam lemak Omega-3 dan Omega-6 akan membantu meningkatkan kesihatan kulit dan bulu kucing.
Makanan Kering Kucing VitalPlus merupakan makanan lengkap dan seimbang untuk kucing semua baka.
Ini kerana mengandungi daging sebenar dengan nilai nutrisi yang tinggi serta tenaga yang padat dengan protein berkualiti.
Terkandung juga vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kucing untuk kehidupan yang sihat.
Malah, perasa ayam dan salmon mereka mengandungi karbohidrat yang sangat mudah dihadam untuk membantu penghadaman dan membantu mencegah gangguan usus.
Penggunaan minyak salmon segar adalah untuk memenuhi selera makan kucing sekaligus menjadikan kulit kucing lebih sihat dan berkilat.
Di samping itu, diperkaya dengan pelbagai makanan tambahan bagi menyokong kesihatan kucing secara keseluruhan.
Produk Power Cat diperbuat daripada bahan bahan semula jadi dan telah diiktiraf halal.
Makanan kucing tempatan ini diperbuat daripada 32% protein dimana sesuai untuk kucing dewasa terutama jenis kucing outdoor.
Kelebihan memilih produk Power Cat adalah dapat menjamin proses tumbesaran si manja serta mengekalkan jisim otot yang baik.
Selain itu, makanan kucing ini dapat membantu mengekalkan sel darah merah yang mana dapat membantu proses pencernaan dan saraf kucing anda.
Walaupun harganya agak murah berbanding jenama lain, kualiti makanan kucing ini diperakui setanding jenama mahal.
Kandungannya dapat membantu mengurangkan bebola bulu dan melancarkan sistem pencernaan kucing.
Kibble makanan Royal Canin ini direka khas dengan bentuk seakan kacang badam untuk memudahkan kucing untuk makan dan hadam.
Selain itu, diperbuat khas untuk kucing baka berkelas seperti Persian dewasa kerana mengandungi 100 peratus nutrisi dan protein seimbang yang baik buat si bulu gebu.
Erti kata lain dapat membantu bulu kucing anda menjadi lebih gebu dan lembut serta melindunginya daripada serangan jangkitan kuman pada kulit atau kutu.
Dalam pada masa yang sama, masalah pengumpulan 'hairball' semasa si manja membersihkan dirinya dapat dikurangkan.
Bagaimanapun,makanan kucing ini hanya boleh diberikan kepada kucing Persian yang sudah mencecah umur 12 bulan.
Makanan kucing berjenama Misha ini lengkap dengan nutrisi seimbang Taurin, Glukosamin serta minyak Omega 3 dan 6.
Semua kandungan ini dapat memberi kulit kucing sihat, bulu yang gebu, penglihatan yang jelas serta sendi yang kuat.
Lebih istimewa, tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, garam tambahan dan sodium chloride yang boleh menyebabkan bulu kucing gugur.
Produk ini juga mengandungi protein tinggi sebanyak 32% daripada sumber ikan dan daging asli untuk menyokong tumbesaran si manja.
Terdapat pelbagai jenis perisa yang boleh anda pilih mengikut kegemaran kucing kesayangan anda.
Makanan kucing Misha ini akan membuatkan bulunya kekal lebat, bersinar dan mewah tanpa perlu kerap di grooming! Jimat duit!
Ingin memastikan si manja anda memiliki bulu yang lebat, gebu dengan mata yang bersinar? Mudah saja!
Berikan saja makanan kucing daripada Greens ini yang kaya dengan kolagen untuk meningkatkan kesihatan kulit, bulu dan mata si manja anda.
Turut diformulasi dengan kawalan pengumpulan bulu (hairball control) dan diperkaya oleh lutein yang menjaga serta melindungi mata si bulu manja anda.
Sesuai untuk semua jenis baka kucing dan dijamin selamat serta tidak mengandungi sebarang bahan pengawet tambahan.
Harganya juga agak murah jika dibandingkan dengan jenama makanan kucing yang lain kerana dengan harga dibawah RM100 anda dah dapat makanan kucing dalam lingkungan 8kg.
Tidak kira samada untuk 'house cat' atau 'stray cat', makanan kucing ini sesuai untuk semua.
Untuk pengetahuan, nutrisi dan jenis makanan anak kucing atau kitten dan kucing dewasa berbeza.
Jadi, makanan kucing dari jenama Purina ini telah diuji terlebih dahulu oleh ahli pemakanan.
Kandungan makanan kucing dari Purina ini adalah daging ayam sebenar serta mengandungi jumlah nutrien yang telah ditetapkan.
Makanan kucing ini sangat sesuai untuk anak kucing dari umur 3 minggu ke atas sebagai alternatif kepada susu badan si ibu.
Turut diperkaya dengan asid lemak Omega-6 yang diformulasi oleh pakar pemakanan Purina, menjadikan kulit serta bulu kucing anda lebih lembut dan bersinar.
Produk Purina One Kitten ini mendapat pengiktirafan sebagai jenama makanan kucing terbaik bagi semua jenis kitten.
Bagaimanapun, pastikan anda mengawal pemberian makanan untuk membiasakan diri si kecil dengan makanan 'solid food'.
Jika anda mempunyai baka kucing yang cerewet, cubalah berikan makanan kucing jenama Blackwood.
Ini kerana kandungan protein tinggi disediakan istimewa untuk mengekalkan nutrien dan khasiat makanan.
Diperbuat daripada isi daging ayam dan brown rice untuk memenuhi keperluan pemakanan yang ditetapkan oleh AAFCO.
Blackwood juga merupakan makanan kucing semula jadi yang tidak menggunakan perisa tambahan dan pewarna tiruan yang merosakkan sistem pencernaan si manja.
Terdapat juga vitamin bernutrisi tinggi yang ada dalam makanan ini untuk si manja anda kekal aktif dan bertenaga.
Seperti makanan-makanan kucing yang lain, fungsi makanan ini juga dapat membuatkan kulit dan bulu kucing anda menjadi lebih sihat serta bersinar.
Jika kucing anda bunting atau baru bersalin, sangat penting untuk ibu dan anak kucing anda menerima nutrisi makanan yang mencukupi.
Jadi jenama Royal Canin jenis ini merupakan pemakanan yang sesuai kerana dapat memberi kesihatan ibu kucing dan permulaan yang terbaik untuk anak kucing.
Royal Canin Mother & Babycat diformulasikan dengan mempertimbangkan keperluan pemakanan ibu dan anak kucingnya.
Antara kandungan yang terdapat adalah antioksidan kompleks yang tinggi yang dapat membantu serta menyokong pertahanan semula jadi anak kucing.
Turut diperkaya dengan DHA, iaitu asid lemak omega-3 semula jadi bagi membantu perkembangan otak anak kucing anda.
Jangan risau, kibble ini mempunyai tekstur lembut jadi jika anda ingin jadikan kibble seperti bubur, hanya perlu ditambahkan air suam saja.
Dalam masa yang sama, makanan kucing ini juga mudah untuk anak kucing makan.
Makanan kucing jenama Monge Natural Superpremium Adult sesuai untuk kucing dewasa yang tinggal di luar atau di dalam rumah kerana jenama ini merupakan hasil penyelidikan dari Itali.
Kandungan XOS (xylo-oligosakarida) yang ada dalam makanan kucing Monge ini adalah prebiotik semula jadi yang dapat menjaga bahagian pencernaan sekaligus menjadikan badan kucing sentiasa dalam keadaan sihat.
Bukan itu saja, turut mengandungi L-Carnitine yang membantu menjaga otot dan kaya dengan vitamin C dimana dapat membantu sistem kumuhan pada bahagian usus.
Selain itu, Natural Superpremium Adult juga mengandungi bahan-bahan lain yang sangat sesuai untuk semua kucing di luar dan dalam rumah terutama kucing yang mandul.
Ini kerana makanan ini juga sesuai untuk kucing yang mengalami masalah kegemukan atau ada masalah klinikal lain.
Namun harus diingatkan, anda perlu dapatkan nasihat doktor haiwan terlebih dahulu.
Makanan kering dari ProDiet mengandungi protein berkualiti dengan pilihan ikan yang terbaik.
Malah mengandungi nutrien bagi menyokong kawalan bebola bulu kucing, mengurangkan bau najis dan membantu mengekalkan kebersihan gigi kucing.
Selain itu, kandungan protein ProDiet Chicken & Tuna Dry Food ini dapat mengekalkan keperluan kucing anda.
Ini kerana lemak yang digunakan dapat menyokong serta membekalkan tenaga dan lemak menjadikan diet lebih enak kepada kucing.
Kelebihan lain adalah dapat membantu mengekalkan kulit dan lapisan bulu yang sihat untuk kucing anda.
Jenama Yummy Mix mengandungi banyak jenis perasa makanan anda boleh pilih dan setiap satunya mempunyai kelebihan sendiri.
Tapi, jika anda mempunyai kucing yang ada masalah penghadaman, anda boleh memberinya Yummy Mix berperisa ayam dan tuna.
Lagipun makanan kering ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kucing seperti boleh mengurangkan kucing anda muntah bebola rambut, meningkatkan tahap imuniti kucing dan meningkatkan kecerdasan dan penglihatannya.
Selain daripada itu, mengandungi Glucosamine dan Taurin untuk penglihatan dan sendi yang baik.
Malah, kandungan Omega-3 dan 6 pula akan menghasilkan kot bulu yang cantik dan imuniti yang tinggi.
Apakah Cara Memilih Makanan Kucing Terbaik?
Untuk memilih makanan kucing terbaik, ada beberapa faktor yang anda perlu dipertimbangkan. Jom lihat beberapa tips mudah untuk bantu anda pilih makanan kucing terbaik untuk si bulus di rumah!
- Kualiti bahan:
Periksa bahan yang digunakan dalam makanan kucing tersebut dan pastikan bahan utama yang digunakan dari sumber protein berkualiti seperti daging ayam, daging lembu atau ikan.
- Produk tambahan
Elakkan daripada membeli makanan kucing yang mengandungi gandum, jagung, atau produk sampingan tanaman. Kucing adalah karnivora dan memerlukan protein daripada haiwan sebagai sumber utama nutrisi mereka.
- Nutrisi seimbang
Pastikan makanan kucing anda mengandungi nutrisi yang seimbang seperti protein, lemak sihat, karbohidrat, vitamin dan mineral.
- Tekstur makanan
Beberapa kucing mungkin sukakan jenis tekstur makanan tertentu seperti makanan basah atau makanan kering.
- Jenama yang dipercayai
Pilih makanan daripada jenama yang dipercayai dan memiliki reputasi baik dalam industri pembuatan makanan kucing yang berkualiti.
Bagaimanapun, perlu kami ingatkan bahawa setiap kucing adalah unik dan penting untuk anda lihat respon kucing terhadap makanan baru diberikan.
Jika ada tanda-tanda masalah pencernaan atau reaksi alergi, segera segera bawa ke klinik vaterinar.
Apakah Perbezaan Makanan Kucing Kering Vs Basah?
Jika anda masih keliru, berikut merupakan beberapa perbezaan besar antara makanan kucing basah dan kering.
1. Kandungan Nutrisi
Makanan kering mempunyai lebih banyak kandungan karbohidrat jika dibandingkan dengan makanan basah.
Protein dan lemak dalam makanan basah atau kering juga mungkin berbeza-beza, bergantung kepada jenama makanan yang dipilih.
Sesetengah jenama makanan, makanannya dipenuhi dengan probiotik, yang dapat menyokong kerja sistem pencernaan kucing.
2. Tahap Kelembapan
Perbezaan lain antara makanan kucing basah dan kering adalah jumlah air yang terkandung di dalamnya.
Makanan kucing kering mengandungi hanya kira-kira 10% air yang ditambah dengan bahan kering lain seperti karbohidrat, lemak dan vitamin.
Walaupun makanan basah mengandungi 90% air, kandungan karbohidrat, lemak, dan vitamin, adalah 70% lebih banyak daripada makanan kering.
Untuk mengetahui lebih lanjut, jom saksikan video berikut.