Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Sebelum Mulakan Pengembaraan Anda, Rujuk 20 Checklist Untuk Travel Ini

Persiapan melancong dari A to Z - supaya anda boleh enjoy sakan dengan tenang!

Musim cuti hujung tahun kini tiba lagi! Inilah masanya untuk melancong dan recharge emosi anda supaya dapat melangkah ke tahun baru dengan gembira. Tidak kiralah ke manapun destinasi anda, travel checklist tersangatlah penting - barulah tiada apa yang tertinggal. 

Apakah cara untuk sediakan checklist travel?

Pertama sekali, tentukan destinasi yang ingin anda tujui dan lakukan sedikit research berkenaan tempat yang ingin anda lawati. Sekiranya ke luar negara, pastikan passport anda masih valid (sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh luput). Semak juga keperluan perundangan lain seperti visa, vaksinasi, insuran dan sebagainya. Checklist ini sebenarnya adalah untuk persiapan awal yang perlu dilakukan sebelum travel dan barangan yang anda perlukan semasa travel. 

Keperluan setiap orang pasti berbeza mengikut destinasi dan dengan siapa anda akan melancong. Jika anda belum sempat membeli-belah untuk trip anda kali ini, kami telah sediakan checklist untuk dijadikan rujukan. Pembelian atas talian pasti menjimatkan masa anda! 

20 Checklist Lengkap Sebelum Travelling

Organizer dokumen perjalanan

Jika anda merancang ke luar negara, organizer ini sangat penting supaya anda boleh menyimpan passport, tiket kapal terbang, boarding pass dan dokumen penting lain di satu tempat. Ini akan memudahkan anda untuk mencari bila memerlukannya.

Travel organizer terbaik - kompak dan mudah dibawa
mulai
RM7.90
Semak Travel Passport Wallet Tri-fold Document Organizer harga dibawah:

Oragnizer ini bersaiz kompak dan boleh dilipat seperti dompet. Terdapat pelbagai slot untuk menyimpan passport, boarding pass, telefon bimbit, kad, duit kertas dan syiling. Simpan dokumen perjalanan anda dengan baik agar tidak mudah hilang.

Travel adapter antarabangsa

Adaptor diperlukan bagi menggunakan peralatan elektrik di luar negara secara selamat, terutamanya ketika mengecas telefon bimbit. Pastinya anda tidak boleh meninggalkan rumah tanpa international adapter bagi memudahkan anda semasa travel nanti.

Travel adapter fast charging serba guna
mulai
RM21.90
Semak International Travel Adapter 2100mAh harga dibawah:

Adapter ini mempunyai sijil kelulusan CE, serta boleh digunakan di lebih 180 negara, termasuklah Jepun, Eropah, Saudi Arabia, Korea Selatan, New Zealand dan sebagainya. Juga boleh mengecas dengan cepat (2.1A) dalam masa kurang dari sejam untuk kemudahan anda.

Power bank

Semasa dalam perjalanan, penggunaan telefon tidak dapat dielakkan. Tanpa disedari, bateri telefon dah nak habis. Untuk itu adalah selamat jika anda standby power bank agar berguna di saat-saat kecemasan.

Caskan powerbank anda melalui tenaga suria (solar power)
Tollcuudda
mulai
RM42.90
Semak Tollcuudda Solar Power Bank Waterproof Solar Charger harga dibawah:

Powerbank ini mempunyai rekabentuk yang unik dan lebih menarik, ianya boleh dicas menggunakan kuasa elektrik biasa dan kuasa suria (solar power). Ini bermakna, anda masih boleh mengecas power bank ini, walaupun ketika anda  berada di luar - cuma pastikan gantungkan di bag anda di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang secukupnya.

Travel pocket Wi-Fi

Semasa melancong ke luar negara, biasanya kita terpaksa bergantung kepada Wi-Fi di hotel. Kini tidak lagi. Terdapat pilihan poket wi-fi khas untuk digunakan semasa sedang melancong. Walau dimana sahaja anda berada, pasti boleh post gambar-gambar menarik yang diambil semasa travelling.

Wi-Fi travel tanpa sim – mudah untuk guna pada bila-bila masa
Pokefi
mulai
RM789.00
Semak Pokefi Pocket WiFi harga dibawah:

Jika anda kerap travel, Wi-Fi poket ini merupakan pelaburan yang berbaloi-baloi. Wi-Fi ini menggunakan teknologi sim maya - anda tidak perlu menukar-nukar sim lagi. Top-up sahaja secara atas talian menggunakan kad kredit dengan kadar flat rate di lebih 100 negara!

Bagasi beroda 

Bagasi beroda adalah satu keperluan semasa travel kerana memudahkan pergerakan anda tanpa perlu mengangkat berat. Saiz bagasi pula janganlah terlalu besar - packing secara minimal adalah langkah yang terbaik. Takut-takut nanti terlebih muatan pula semasa hendak pulang dari travelling.

Bagasi beroda elegan – minimakan barangan
Travel Star
mulai
RM99.90
Semak Travel Star 178 Elegant Hard Case Cabin Size Luggage (20”) harga dibawah:

Saiz bagasi ini (20 inci) sesuai untuk diletak di dalam kabin. Rekabentuknya bukan sahaja cantik tetapi juga tahan lasak. Roda yang boleh berputar 360 darjah pula memudahkan anda untuk menolak bagasi.

Bantal travel 

Melancong kebiasaannya akan melibatkan perjalanan yang panjang, transit antara dua flight dan sebagainya. Sediakanlah bantal yang boleh digunakan semasa travel - pasti berguna untuk keselesaan anda.

Elakkan daripada neck pain
Travel Star
mulai
RM18.90
Semak Travel Star TP001 Premium U Shape Neck Support Pillow harga dibawah:

Bantal berbentuk U dari Travel Star ini menggunakan memory foam serta boleh dilipat menjadi saiz kompak untuk disimpan. Selesa untuk tidur dan tidak berat untuk dibawa bersama semasa travel.

Beg diaper 

Jika anda merancang untuk melancong bersama bayi atau anak kecil, perancangan lebih teliti diperlukan supaya tiada barangan bayi penting yang tertinggal. Adalah selamat jika anda menyediakan satu beg diaper khas yang dibawa bersama anda sentiasa.

Beg diaper serbaguna untuk ibu – simpan barang si kecil lebih teratur
LouisWill
mulai
RM51.80
Semak LouisWill Diaper Bag harga dibawah:

Beg diaper LouisWill ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang cantik, tetapi juga pelbagai compartment untuk menyimpan pelbagai keperluan bayi anda. Boleh dibuka sehingga 90 darjah serta mempunyai insulation bag yang boleh membantu susu bayi anda kekal panas.

Winter Coat

Sekiranya anda merancang bercuti ke negara yang sedang mengalami musim sejuk, jangan lupa untuk sediakan winter coat atau jaket tebal yang sesuai bagi membantu menyesuaikan diri dengan iklim tersebut.

Baju sejuk cotton tebal
Zashion
mulai
RM40.00
Semak Zashion 2019 Winter Coat harga dibawah:

Winter coat ini diperbuat menggunakan kain kapas tebal dan selesa dipakai bagi memanaskan badan. Terdapat 6 pilihan warna yang menarik dan stylo dengan rekaan trendy untuk anda.

Sunscreen

Bagaimana pula jika destinasi yang dituju adalah pantai atau negara yang sedang mengalami musim panas? Maka, senarai semak anda wajib mempunyai sunscreen atau lebih dikenali sebagai sunblock dengan kandungan SPF yang tinggi agar perlindungan kulit tambah sempurna.

Sunblock dengan SPF50 untuk kulit kering dan berminyak
Biore
mulai
RM23.96
Semak Biore UV Perfect Milk SPF50+ PA+++ (40ml) harga dibawah:

Biore UV Perfect Milk dengan SPF50 ini bukan sahaja berkesan sebagai sunblock, tetapi juga boleh mengelakkan pembentukan bintik hitam dan jeragat. Produk ini juga tidak melekit dan tahan peluh.

Spray muka

Spray muka boleh membantu wajah anda kelihatan segar sepanjang masa setelah penat seharian berjalan-jalan. Ia juga membantu melembapkan kulit yang kering.

Facial spray sebagai pelembap dan toner
Evian
mulai
RM20.32
Semak Evian Brumisateur Facial Spray (50ml) harga dibawah:

Mengandungi khasiat mineral dengan pH yang neutral - sesuai untuk semua jenis kulit. Selain membantu menghidrasi kulit, spray ini juga boleh digunakan sebagai setting spray setelah mengenakan solekan. Anda boleh tampil flawless biarpun semasa travel!

Selfie stick

Travel tanpa selfie? Oh tidakkkk!! Jangan lupa selfie stick supaya anda mudah berselfie dan dapat mengambil gambar dengan pemandangan indah sebagai kenangan anda nanti.

Selfie stick boleh lipat dan jimatkan ruang penyimpanan
Sense
mulai
RM20.00
Semak Sense 360 Rotate Bluetooth Selfie Stick with Remote Control harga dibawah:

Selfie stick ini boleh dilipat dan disimpan dengan mudah. Juga boleh dipanjangkan sehingga 65cm. Untuk mengambil gambar dari jarak jauh pula, anda boleh menggunakan fungsi bluetooth shutter.

Money belt

Bagi anda yang ingin menyimpan duit dengan selamat, money belt yang merupakan dompet kecil serta kelihatan seperti tali pinggang. Lebih selamat dan boleh sentiasa disimpan bersama anda. Sesuai digunakan sekiranya anda travel ke negara yang terkenal dengan masalah penyeluk saku (pick pockets).

Money belt dengan ciri keselamatan
mulai
RM5.90
Semak Running Belt Waist Bags Women Men harga dibawah:

Money belt atau juga dikenali sebagai running belt ini boleh digunakan untuk menyimpan duit, telefon bimbit dan barangan yang kecil sebagai langkah keselamatan bagi mengelak kecurian. Diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi dengan reka bentuk yang unik.

Kit pertolongan cemas

Jika anda sedang travel bersama ahli keluarga, terutamanya warga emas dan kanak-kanak, bawalah bersama kit pertolongan cemas mini yang lengkap dengan barangan asas. Ini kerana warga emas atau kanak-kanak cenderung mengalami kecederaan - anda tidak perlu membeli barang ini dengan harga mahal.

Barangan penting untuk dibawa bersama semasa travelling
Alpro Pharmacy
mulai
RM38.90
Semak Alpro Pharmacy Medishield First Aid Kit Equipped MAS 319 harga dibawah:

Kit ini ringan dan bersaiz kecil. Pun begitu, kit ini mengandungi 17 jenis barangan keperluan asas untuk kecemasan termasuklah instant ice pack, kain anduh dan sebagainya. Tetapi harus diingatkan bahawa jika anda travel menggunakan kapal terbang, elakkan dari membawa first aid kit ini kerana ianya mengandungi bahan tajam seperti gunting dan cecair (liquid). 

Hanya bawa bersama semasa anda travel menggunakan kereta atau kenderaan awam.

Travel bidet

Bersuci semasa melancong kadangkala sukar - terutamanya di negara yang tidak menyediakan pili air di tandasnya. Untuk anda yang pentingkan isu bersuci ini, anda boleh mencuba bidet yang mudah dibawa bersama dan direka khas untuk tujuan bersuci.

Bidet mini dan kompak
mulai
RM24.96
Semak Portable Bidet Sprayer Handheld harga dibawah:

Personal bidet ini dilengkapi dengan nozzle yang boleh dipanjangkan mengikut keperluan anda. Reka bentuk yang kompak dan ringannya pula memudahkannya untul dibawa bersama semasa travel.

Pakaian renang Muslimah

Berenang di kolam renang pasti menggunakan kod pakaian renang. Bagi wanita Muslim, anda boleh sediakan pakaian renang Muslimah yang menutup aurat serta menepati dress code di kolam renang.

Pakaian renang menutup aurat untuk wanita muslimah
mulai
RM59.90
Semak Muslimah Swimsuit Women Swimming Suit harga dibawah:

Kini tiada lagi halangan untuk anda bermandi-manda di kolam renang. Dengan kain spandex elastik yang cepat kering - pakaian ini selesa dipakai serta tidak ketat.

Telekung travel

Telekung travel yang ringan dan sesuai dibawa travel penting bagi memudahkan anda bersolat semasa dalam perjalanan.

Telekung travel jenis cotton terbaik
mulai
RM48.00
Semak Telekung Travel Cotton Candy harga dibawah:

Telekung cotton candy ini diperbuat dari kain yang selesa dipakai, tidak jarang dan tidak mudah kedut. Free size - sesuai untuk digunakan sesiapa sahaja.

Set tayamum untuk travel

Adakalanya anda mungkin mengalami kesukaran untuk mengambil wudhu kerana ketiadaan air. Langkah proaktif yang anda boleh ambil adalah standby set tayammum bagi mengambil wudhu jika tiada air.

Tiada masalah untuk bersolat lagi
mulai
RM17.00
Semak Khalifah Debu Tayammum harga dibawah:

Debu tayammum Khalifah ini dipek dalam botol seperti bedak supaya mudah dibawa. Suci dan halal - boleh digunakan tanpa was-was.

Makanan segera 

Jika anda merancang travel ke negara yang majoriti penduduknya bukan Islam, mencari makanan yang halal dan menepati citarasa Malaysia mungkin sukar. Sediakanlah makanan segera dan ready-to-eat supaya anda tidak kelaparan nanti!

Makanan segera terbaik untuk travelling
Brahim's
mulai
RM50.90
Semak Brahim's All 7-in-1 Combo Meals Ready To Eat harga dibawah:

Set ready-to-eat dari Brahim ini mengandungi 7 jenis masakan termasuklah sambal ikan bilis, rendang, kari dan sebagainya. Tidak mengandungi MSG dan disediakan menggunakan rempah asli.

Periuk masakan serbaguna

Jangan tidak percaya, ada di antara kita yang rajin memasak walaupun ketika travel. Untuk tujuan ini, pastikan periuk yang anda bawa itu pelbagai guna dan ringan untuk dibawa.

mulai
RM35.00
Semak Multifunctions Portable Electric Pot (1.8L) harga dibawah:

Dengan periuk elektrik berkapasiti 1.8L ini, anda boleh menggoreng, merebus dan masak nasi. Travel adapter juga disediakan bagi memudahkan penggunaan di luar negara.

Pembasmi kuman

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan agar sentiasa membawa pembasmi kuman bersama anda dan gunakan setelah melawat kawasan yang sesak. Terutamanya jika anda membawa bayi dan kanak-kanak bersama anda.

Pembasmi kuman terbaik
Dettol
mulai
RM9.45
Semak Dettol Hand Sanitizer Bag Tag harga dibawah:

Pembasmi kuman antiseptik ini boleh membunuh 99.9% bakteria berbahaya dalam masa 15 saat sahaja. Juga diperkaya dengan Aloe Vera untuk beri lembapan dan tidak melekit pada tangan selepas anda memakainya.

Related articles

End of Article