Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Baju Raya Sedondon 2024 (Koleksi & Design Terkini)

Warna warni hari Raya hampir tiba!

Hari raya pada tahun ini seperti ada cahaya untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri memandangkan tahun ni kerajaan mengumumkan kita di fasa endemik COVID19.

Kami yakin, minggu pertama puasa ni dah ramai cari fesyen baju raya sedondon dengan keluarga.

Belum lagi yang cari tema warna baju raya sedondon, memang makan masa nak cari yang betul-betul ikut trend warna baju raya terkini.

Mungkin ada lagi yang tak ada idea nak pilih design apa untuk baju raya sedondon.

Jangan pening kepala, jom kita lihat koleksi baju raya sedondon yang terkini.


Isi Kandungan


Senarai 15 Tema Baju Raya Sedondon

mulai
RM70.00
Semak Baju Raya 2022 Set Family Kurung Sedondon Ibu Anak harga dibawah:
add_circle Memberi slimming effect
add_circle Sesuai untuk pelbagai majlis
add_circle Tidak jarang
add_circle Tidak mudah renyuk
add_circle Tidak berbulu
remove_circle Kain sedikit tebal mungkin agak panas

Ingin tampil bergaya dengan baju kurung jenis moden? Set baju raya daripada Malika Eksklusif ini pasti memenuhi citarasa anda. 

Diperbuat daripada Royal Pearl Skin yang tidak jarang dan tidak berbulu. 

Baju kurung moden dengan jenis kain belah lipat selisih dalam yang tidak terbelah ketika berjalan mampu memberi slimming effect buat si pemakai. 

Buat si jejaka, baju melayu hitam adalah warna yang boleh digayakan dalam apa jua majlis.

Baju Raya Viral 2022 Batik Couple Set Sedondon
mulai
RM99.00
Semak Baju Raya Viral 2022 Batik Couple Set Sedondon harga dibawah:
add_circle Slim fit
add_circle Tidak jarang
add_circle Tidak panas
remove_circle Mudah berkedut

Jangan lepaskan peluang untuk tampil bergaya bersama  pasangan anda dengan set batik ini.

Potongan baju lelaki jenis slim fit dan terdapat kolar dan butang pada bahagian hadapan membuatkan anda tampak segak, kemas dan bergaya. 

Bagi baju wanita, baju batik dengan potongan kurung moden ini pasti menyerlahkan lagi bentuk badan. 

Material kain yang diperbuat daripada kapas ini tidak jarang dan tidak panas dan sesuai dipakai seharian.

Baju raya sedondon couple set/baju raya sedondon songket
Baju Kurung Moden Songket Tabur & Baju Melayu Lelaki Dewasa Sedondon Couple
mulai
RM108.00
Semak Baju Kurung Moden Songket Tabur & Baju Melayu Lelaki Dewasa Sedondon Couple harga dibawah:
add_circle Tidak mudah kedut
add_circle Senang digosok

Set baju eksklusif ini bukan hanya sesuai digayakan pada hari raya sahaja keranasesuai digaya pada majlis pertunangan. 

Baju kurungnya diperbuat daripada Sakura Silk yang bermotifkan corak batik. 

Kain jenis ini tidak mudah kedut dan senang di gosok serta sejuk. 

Kain pada baju kurung ini direka berlipat bahagian hadapan menampakkan penampilan sedikit kelainan.

Bagi baju melayu moden, materialnya juga diperbuat daripada jenis material yang sama seperti baju kurung.

Jadi dapat memberikan keselesaan juga kepada lelaki yang menggayakan baju raya ini.

LEONORA Kurung dan Kemeja Sedondon (batik)
mulai
RM89.00
Semak LEONORA Kurung dan Kemeja Sedondon (batik) harga dibawah:
add_circle Wudhuk friendly
add_circle Nursing friendly
add_circle Jahitan berkualiti

Bergaya sakan bersama ahli keluarga dengan set baju raya batik ini. 

Pemakaian corak batik adalah satu trend yang tidak lekang dek zaman.

Coraknya berkonsepkan ‘evergreen’ sesuai untuk apa jua majlis dan batik sememangnya mempunyai ciri tarikan yang tersendiri.

 Dengan set batik Leonora ini, keluarga anda pasti menjadi tumpuan ramai pada hari raya nanti.

mulai
RM44.70
Semak Baju Raya AZRA Collection Exclusive Printed Foil Osaka Cotton harga dibawah:
add_circle Mudah diseterika
add_circle Tidak panas
remove_circle Tiada set baju melayu

Baju raya sedondon ini menawarkan set baju melayu dan baju kurung dengan potongan kurung moden. 

Semua baju diperbuat daripada kain Cotton Osaka yang mudah untuk disetrika dan tidak panas. 

Warna biru muda ini dikategorikan sebagai warna selamat memudah untuk dipadankan dengan aksesori lain seperti bag tangan dan kasut.

Baju raya sedondon set family
Koleksi Sedondon Baju Raya Dhia
mulai
RM45.00
Semak Koleksi Sedondon Baju Raya Dhia harga dibawah:
add_circle Kain sejuk
add_circle Wudhuk friendly
add_circle Nursing friendly

Ciri fabrik ini sejuk dan selesa untuk dipakai seharian. Menariknya, baju raya daripada Dhia ini menawarkan 4 jenis baju kurung dewasa.

Antaranya kurung moden eksklusif, kurung riau eksklusif, kurung mini eksklusif dan kurung kedah eksklusif. 

Jangan risau, baju kurung ini mempunyai ciri mesra wudhuk, nursing friendly dan mempunyai pelbagai saiz bermula dari saiz XS hinggalah 4XL. 

Baju kemeja lelaki mempunyai potongan slim fit yang akan menampakkkan lebih maskulin dan segak. 

Terdapat pelbagai jenis saiz yang ditawarkan bermula dari paling kecil hingga paling besar. 

Baju kurung untuk kanak kanak pula diberikan beberapa pilihan samada untuk memilih design kurung mini ataupun peplum. 

Kualiti kainnya adalah sama seperti kualiti kain untuk dewasa yang akan memberikan keselesaan kepada kanak-kanak.

Baju Raya 1 Family Set Family Light Khakis
mulai
RM75.01
Semak Baju Raya 1 Family Set Family Light Khakis harga dibawah:
add_circle Lembut
add_circle Tidak panas
add_circle Tidak jarang
add_circle Selesa dipakai
remove_circle Berat
remove_circle Tebal

Baju kurung dari set ini menggunakan material Arianna Silk Cotton dan CoSik yang lembut, senang digosok, tidak panas, tidak jarang dan selesa dipakai.

Kelebihan lain kain jenis CoSik berbanding Ariana Silk Cotton adalah mudah terletak. 

Hiasan lace yang menghiasi lengan dan hujung baju kurung menampakkan gaya eksklusif dan tampak mewah. 

Baju kurta dan melayu pula menggunakan kain jenis Milano Vien dan mempunyai kelebihan yang sama iaitu kualiti bagus, tak jarang, tak panas, licin dan senang digosok. 

Selain itu terdapat dua jenis rekaan kolar iaitu cekak musang dan teluk belanga.

Baju raya sedondon ibu dan anak
Jasmine Lace Kurung Sedondon Ibu Anak 2022
mulai
RM179.00
Semak Jasmine Lace Kurung Sedondon Ibu Anak 2022 harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Sejuk
add_circle Ironless

Baju sedondon ibu dan anak ini menggunakan material jenis CoSik, yang mampu memberikan keselesaan maksima kepada pemakai.

Ini kerana material kain ini mempunyai kualiti yang lembut, terletak, sejuk dan ironless

Kedua dua baju untuk dewasa dan kanak kanak mempunyai zip tersembunyi di bahagian belakang dan di bahagian tangan.

Lace dibahagian depan dan di lengan baju menampakkan gaya moden dan mewah.

Selain itu baju ini terdapat dart baju bahagian belakang dan bahagian kain pula mempunyai potongan duyung, pasti anda selesa dan kelihatan cantik pada hari raya nanti.

mulai
RM89.00
Semak Anies Iman Baju Kurung Moden Ibu dan Anak THEA harga dibawah:
add_circle Kurang kedut
add_circle Span di bahu
add_circle Lining baju penuh
add_circle Cantik terletak
add_circle Beralun
remove_circle Tiada lining kain

Bagi mereka yang merancang tema baju raya dengan warna mint green, baju kurung dari Anies Iman ini adalah pilihan paling tepat. 

Dengan potongan kurung moden mencipta ilustrasi bentuk badan ramping dibantu oleh material kain Italian Cotton Crepe yang berat terjatuh dan beralun. 

Material seperti ini juga kurang berkedut jika dibandingkan dengan material kain yang lain. 

Mankala lace dibahagian lengan bagi dewasa dan di bahagian bawah baju bagi kanak kanak kelihatan simple tapi masih menaikkan seri baju kurung tersebut.

Baju raya sedondon navy blue
mulai
RM99.00
Semak Kurung Anies Sedondon Kurung Moden harga dibawah:
add_circle Nursing friendly
add_circle Wudhu friendly
remove_circle Material kain panas

Baju kurung moden ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan pada hari raya malah sesuai untuk apa jua majlis. 

Rekaan baju berona navy blue ini sangat trendy kerana terdapat rekaan raffle mewah pada hadapan baju dan Kain Kurung Anies. 

Bahagian kain ini menggunakan potongan A cut menyerlahkan lagi bentuk badan si pemakai.

Turut disertakan zip dan cangkuk memudahkan skirt dipakai dan dilucutkan. 

Buat si ibu, baju ini sangat sesuai untuk ibu yang masih menyusu (nursing) dan jangan risau, baju kurung ini juga bercirikan wudhu’-friendly.

Rekaan kurung modern yang ditambah dengan lipatan di hadapan kain memberikan kelainan kepada si pemakai. 

Malah, si cilik pasti tampil comel dan bergaya apabila memakai baju kurung ini

Baju raya sedondon ayah dan anak
Baju Melayu Set Ayah Anak
mulai
RM69.58
Semak Baju Melayu Set Ayah Anak harga dibawah:
add_circle Selesa dipakai
add_circle Mudah digosok
add_circle Regular fit
remove_circle Kain tebal takut panas

Ingin kelihatan sedondon bersama anak lelaki anda? Set baju melayu ayah dan anak ini harus anda miliki! 

Rekaan pada bahagian leher cekak musang menaikkan lagi gaya perkasa si pemakai. 

Terdapat pelbagai warna warna yang ceria dan menarik, pilih saja!

Potongan baju melayu ini regular fit yang menggunakan material kain yang selesa dipakai dan paling penting mudah digosok. 

Jangan risau, set ini mempunyai pelbagai saiz daripada dewasa dan kanak-kanak.

Baju Melayu Moden Hitam Set Ayah Anak
mulai
RM119.00
Semak Baju Melayu Moden Hitam Set Ayah Anak harga dibawah:
add_circle Mudah matching
add_circle Regular fit
add_circle Kain tidak mudah kedut
add_circle Mudah digosok
add_circle Selesa dipakai
remove_circle Mungkin menyebabkan anda panas dan berpeluh

Jika anda peminat warna hitam atau pening untuk matching warna, baju melayu ini pilihan yang sesuai. 

Baju raya ini masih mengekalkan elemen tradisional cekak musang tetapi diberi sentuhan moden.

Kainnya pula jenis Sakura dengan campuran cotton dan satin.

Jadi mudah digosok, tak mudah kedut dan selesa dipakai

Potongan baju ini regular fit yang lebih sesuai dan selesa untuk semua jenis bentuk badan.

Ditambah dengan set penuh siap sampin (dijual berasingan) beserta songkok pastinya memberi gaya seakan seorang pahlawan Melayu atau lelaki Melayu terakhir.

Bagi yang berkeluarga, baju raya ini mempunyai saiz dewasa dan kanak-kanak untuk keluarga yang inginkan warna yang sedondon. 

mulai
RM95.70
Semak Baju Melayu Johor Teluk Belanga Simala harga dibawah:
add_circle Mengekalkan ciri tradisional
add_circle Kain selesa, lembut dan tidak panas
add_circle Mudah digosok
add_circle Tak perlu beli butang baju Melayu
remove_circle Kain cotton mudah kedut

Zaman sekarang agak sukar untuk mencari baju Melayu yang masih mengekalkan elemen tradisional.

Namun harus diingat masih ramai lagi yang mementingkan aspek tradisi di hari raya.

Walaupun baju melayu ini rekaan asal dari Johor tapi tidak terhad hanya warga Johor saja pakai tapi boleh dipakai masyarakat di negeri lain juga. 

Pada bahagian leher sangat selesa kerika dipakai berbanding cekak musang.

Butangnya pula sudah siap dijahit sekali pada baju berbanding cekak musang yang adakala memerlukan anda untuk membeli butang secara berasingan.

Baju raya ini menggunakan fabrik Premium Japan Cotton yang selesa, lembut dan tidak panas apabila dipakai serta mudah di gosok.

Walaupun masih mengekalkan ciri pakaian tradisional, ia juga turut diberi sentuhan warna yang menarik dan moden.

Jangan risau, terdapat saiz dewasa dan kanak-kanak. Mudah anak dan ayah nak sedondon.

Baju Melayu Slim fit Baby blue Alain Delon
mulai
RM99.50
Semak Baju Melayu Slim fit Baby blue Alain Delon harga dibawah:
add_circle Kain yang berkualiti tinggi
add_circle Selesa dipakai
remove_circle Warna terhad

Masih lagi dalam kategori warna cerah iaitu warna light blue yang sesuai digayakan bagi mereka yang mempunyai warna kulit sawo matang.

Baju melayu dari Alain Delon menggunakan kain jenis Tetron spun iaitu material gabungan cotton dan polyester.

Kainnya ini mempunyai ciri stretchable dan selesa dipakai.

Rekaannya masih mengekalkan elemen tradisional cekak musang dan diberi sentuhan warna yang moden.

Untuk keluarga yang gemar berpakaian sedondon di hari raya, jangan risau baju raya ini terdapat saiz kanak. 

Baju raya sedondon warna emerald green
mulai
RM76.00
Semak Kurta Slim Fit Al-Hambra Premium harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Tidak panas
add_circle Didatangkan dengan butang dan poket
remove_circle Keras/tebal

Sambut hari raya tahun ini dengan kurta bertemakan emerald green dengan rekaan smart casual untuk tampil lebih santai. 

Kurta Ammar potongan slim fit ini diperbuat daripada fabrik Italian Cooling Cotton dimana memberi efek selesa dan sejuk kepada si pemakai. 

Juga dilengkapi dengan butang ready made dan poket untuk menyimpan barang. 

Kurta ini mempunyai pelbagai warna- warna trending dan terdapat pelbagai saiz untuk semua jenis bentuk badan.


Apakah Tema Baju Hari Raya Pada Tahun Ini? 

Bila lagi sebulan dua nak masuk bulan Syawal, kita semua terutama para wanita sudah sibuk fikirkan idea tema warna baju raya yang sedondon dengan pasangan atau keluarga.

Jadi, agak-agak untuk tahun 2022 design apa yang menjadi trend?

Sebenarnya, pakailah pakaian design fesyen baju raya sedondon apa pun. Baju kurung pendek? Baju kurung kedah? Kurta? Baju Melayu tanpa sampin? Fabrik pleated?

Beli saja, asalkan pada hari pertama raya, anda menggayakan baju raya lawa yang baru.

Al-Baihaqi ada meriwayatkan Abdullah bin Umar akan mengenakan sebaik-baik pakaian pada hari raya.

Maka, berpakaian baharu dan cantik pada hari raya adalah amalan sunah yang pernah dilakukan Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Jadi, pada 1 Syawal pakailah pakaian sebaik-baik pakaian bagi meraikan kedatangan Syawal.

Tidak semestinya perlu membeli pakaian mahal, cukup sekadar bersederhana.

Jadi, tema baju hari raya tahun 2022, di tangan anda.


Artikel Berkaitan

End of Article